SELAMAT DATANG DARI MARIA FOOD INDUSTRIES

KLIK HOME UNTUK “BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SYARIKAT” DAN “TEMPAHAN SECARA ONLINE

Sabda Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w. :

“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w.:

Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada baginda Nabi dan mereka bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?” Maka sabda Nabi : “Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja.” Maka mereka bertanya, “apakah penyakit itu?” Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman).

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)